»

Wednesday, 10 August 2011

UTHM introduces UCiTV for students' convenience

 

BATU PAHAT, 25 Julai (Bernama) -- Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mempunyai kaedah unik bagi memastikan syarahan dan hasil kerja pensyarah serta perundingnya dapat digunakan oleh penuntut universiti itu sepanjang masa secara maya.

Bagi memastikan ia mencapai matlamat itu, universiti sejak dua tahun lepas telah mewujudkan University Campus Interactive Television (UCiTV) bagi kemudahan penuntutnya.

Ketua UCiTV Mohd Nor Ihkasan berkata, penuntut dan masyarakat dapat mengikuti syarahan dan hasil kerja pensyarah serta perundingnya yang telah dimasukkan dan diarkib ke laman web UCiTV.

"Penuntut boleh mengakses pelbagai syarahan dan hasil kerja pensyarah serta perunding bagi kepentingan ilmiah penuntut. Ia memastikan hasil kerja tenaga pengajar itu tidak membazir," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian UCiTV sempena dengan perasmian program mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurut Mohd Nor, sejak diwujudkan dua tahun lepas UCiTV yang boleh dilayari di alamat ucitv.uthm.edu.my telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penuntut dan masyarakat.

Sehingga kini katanya, kira-kira 300,000 pelawat dari 86 negara seluruh dunia telah melayari laman web UCiTV.

UCiTV menggunakan teknologi "Windows-based IPTV" bagi memastikan imej yang dihasilkan berkualiti tinggi, kata beliau.

Beliau juga berkata, memandangkan UTHM turut mempunyai pelajar asing yang ramai daripada 20 negara, UCiTV turut memberi peluang kepada keluarga mereka untuk mengikuti pelbagai perkembangan di universiti berkenaan.

Mohd Nor berkata, UCiTV yang hanya mempunyai enam kakitangan tetap dan empat pinjaman bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan dan universiti tempatan lain di dalam mengembangkan teknologi dan kemudahan UCiTV.

No comments:

Post a Comment

 
Read more: Budak Nakal Blogspot | Tutorial Blogger | Tempahan Design Under Creative Commons License: Attribution